September 6, 2009

Bendi untuk mengubati Diabetes


Bendi di percayai boleh mengubati penyakit kencing manis atau sekurang-kurang boleh mengurangkan kadar gula dalam darah.
Cara-cara mengamalkan petua ini.

  1. 2 biji sayur Bendi (saiz sederhana) di buang hujung dan pangkalnya belah sebahagian bendi supaya boleh terbuka tetapi tidak terlerai.
  2. Rendamkan di dalam gelas besar dengan air suhu biasa (bukan air panas atau air sejuk)
  3. Rendamkan bendi pada waktu malam sebelum tidur dan minum air rendaman bendi tadi pada keesokan pagi sebelum bersarapan.
  4. Sebaiknya tidak memakan atau minum apa-apa selama setengah jam selepas meminum air rendaman bendi tadi.
  5. Amalkan setiap pagi, Insya-allah jika di takdirkan penyakit kencing manis boleh sembuh.

Petua ini pernah saya dengar dahulu dari orang tua saya, baru-baru ini pula tersebar dalam email tulisan yang asalnya dari eropah menceritakan bagaimana ahli keluarganya sembuh dari penyakit kencing manis setelah mengamalkan petua ini. Oleh kerana petua ini menyakinkan saya, saya telah mengesyorkan kepada beberapa kenalan yang mengidapi kencing manis.

Antara kenalan-kenalan yang saya syorkan, 3 darinya telah memberi maklum balas.

  1. Kenalan pertama seorang berbangsa India telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya. selepas hampir 2 bulan mengamalkan petua ini, walaupun belum sembuh tetapi beliau sudah tidak mengambil ubat dari doktor dan telah menjimatkan perbelanjaan perubatan beliau.

  2. Kenalan kedua memberi maklum-balas selepas 2 minggu mengamalkan petua bendi ini. beliau mengakui petua ini sudah menunjukkan sedikit kesan tetapi beliau agak berat untuk meneruskan kerana beliau mempunyai masaalah meminum air rendaman bendi setiap pagi. Beliau akan meneruskan mengambil ubat dari doktor kerana perbelanjaan perubatan beliau di tanggung oleh majikan.

  3. Kenalan ketiga tidak nampak sebarang kesan dari petua ini tetapi tidak jugak bertambah serius diabetesnya walaupun beliau tidak menjaga pantang-pantang pesakit diabetes.

Dari maklumbalas diatas diharap pembaca sedikit sebanyak mendapat gambaran keberkesanan petua ini. Pembaca yang mencuba atau mengetahui tentang petua ini dialukan alukan memberi komen mereka semuga dapat di nilai oleh pembaca-pembaca lain yang ingin mencuba atau menyesyorkan kepada ahli keluarga dan sahabat andai.




No comments: